Uncle Usin (2012)

Poster Filem Uncle Usin

Uncle Usin (2012)

Sinopsis:

Filem Uncle Usin mengisahkan spy 13 seorang penyiasat yang agak handal dan mempunyai ilmu-ilmu jurus yang terkenal dan aneh. Keistimewaan ajaib ini diperolehi kerana beliau dibesarkan disebuah perguruan misteri semenjak kecil. Spy 13 telah didatangi oleh seorang pelanggan iaitu Julia anak ahli perniagaan yang terkenal iaitu Datuk Haris. Spy 13 dikehendaki untuk menyiasat misteri ayah Julia yang koma tanpa sebab berbulan-bulan.

Hasil siasatan telah membawa terbongkarnya komplot adik tiri Datuk Haris iaitu Manan yang ingin membolot hartanya. Dengan bantuan alat ajaibnya, Datuk Haris telah diracun dan penawarnya hanya ada pada Manan. Tindakan Julia mengupah spy 13 telah diketahui oleh Manan. Pelbagai cara dilakukan oleh Manan untuk menghalang spy 13 namun gagal. Isteri Manan telah memanggil abang saudaranya iaitu Samrong seorang gengster terkenal di Thailand akhirnya gagal juga.Keadaan menjadi gempar, apabila kemunculan seorang lelaki misteri yang mempunyai kebolehan sama seperti Spy 13.

Lelaki itu ialah 11,abang seperguruan 13 yang telah diusir oleh Tok Guru kerana membaca dan mengamalkan kitab yang diharamkan oleh murid-murid seperguruan.11 telah bersumpah untuk menghapuskan 13 pada suatu hari nanti yang dianggap 13 sebagai murid kesayangan Tok Guru. Filem Uncle Usin diarahkan oleh Husri Hj. Husain.

Pelakon: Johan Raja Lawak, Zizan, Nabil, Syiqin Kamal, Mat Over, Ebby Yus.

 

Filem Uncle Usin Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Speak Your Mind