Zombi Kampung Pisang (2007)

Poster Zombi Kampung Pisang

Zombi Kampung Pisang (2007)

Sinopsis:

Filem Zombi Kampung Pisang mengisahkan kisah di Kampung Pisang pada suatu malam apabila Pak Abu (Zami Ismail) iaitu bilal kampung tersebut disahkan mati mengejut apabila terjatuh dari basikalnya ketika hendak pulang ke rumahnya. Tiga orang pemuda yang kebetulan menyaksikan kejadian tersebut membawa pulang mayat Pak Abu ke rumahnya lalu dimaklumkan kepada Pak Jabit (Man Kadir) iaitu ketua kampung tersebut tentang kematian Pak Abu.

Pak Jabit juga mati secara mengejut ketika sedang memeriksa mayat Pak Abu menyebabkan keadaan menjadi bertambah huru-hara. Ketika ketiga-tiga pemuda tersebut berbincang mengenai misteri kejadian itu, mereka terdengar jeritan dari atas rumah. Kemudian mereka dimaklumkan bahawa kedua-dua mayat tadi telah hilang.

Kerantong dipalu untuk memberitahu orang-orang Kampung Pisang tentang musibah yang berlaku di kampung mereka. Orang kampung mulai berkumpul di Dewan Orang Ramai. Ketika mereka masih lagi bingung dengan kekecohan itu, beberapa orang lagi rebah lalu meninggal dunia.

Apakah musibah dan apakah rahsia di sebalik segala kejadian ini? semuanya akan terjawab dalam filem Zombi Kampung Pisang. Filem ini diarahkan oleh Mamat Khalid.

Pelakon: Awie, AC Mizal, Que Haidar, Ezlynn, Nadia Mustafar, Hamid Gurkha, Loloq, Jalil Hamid, Mazlan Pet Pet, Jalil Hamid.

 

Filem Zombi Kampung Pisang Full Movie

About Retro Evergreen
Please comment if video no longer anymore...

Comments

  1. zombi kampung pisang

Speak Your Mind