You Are Here: Home » Hindi » Kaho Naa.. Pyaar Hai (2000)

Kaho Naa.. Pyaar Hai (2000)

Kaho Naa.. Pyaar Hai (2000)

Kaho Naa.. Pyar Hai (2000) | Malay Subtitle

Filem Kaho Naa.. Pyar Hai mengisahkan tentang Rohit (Hritik Roshan) dan adiknya Amit (Abhishek Sharma) iaitu adik beradik yatim piatu yang tinggal dengan pasangan Kristen Anthony (Satish Shah) dan Lily (Farida Jalal). Rohit bekerja di syarikat perusahaan kereta kepunyaan Malik (Dalip Tahil).

Rohit telah bertemu dengan Sonia (Amisha Patel) semasa dia ditugaskan untuk menghantar hadiah sebuah kereta oleh bapa Sonia iaitu Saxena (Anupam Kher) di hari ulangtahunnya. Dari situlah perkenalan antara Rohit dengan Sonia. Hubungan antara Rohit dan Sonia tidak disukai oleh Saxena dan dia cuba sedaya upaya untuk memisahkan hubungan mereka berdua. Saxena dan Malik adalah dua orang rakan baik yang mana keduanya menjalankan bisnes penjualan dadah. Kegiatan mereka dibantu oleh dua orang anggota polis iaitu Inspektor Kadam (Mohnish Behl) dan Inspektor Sindhe (Ashish Vidyarthi).

Suatu hari ketika Rohit hendak ke konsertnya, di pertengahan jalan Rohit ternampak konspirasi antara Malik dan 2 anggota polis yang menerima rasuah darinya. Saat itulah Rohit dikejar dan dia telah terjatuh ke dalam sungai. Sonia yang mengetahui berita tentang kemalangan Rohit telah menyebabkan dia mengalami depresi yang amat teruk dan ini sangat membimbangkan ayahnya.

Untuk mengubati masalah depresi Sonia, Saxena telah menghantar Sonia kepada sepupunya di New Zeland. Di situ Sonia telah bertemu dengan seseorang yang mirip dengan kekasihnya Rohit. Bagaimanakah kesudahan cerita ini semuanya terjawab dalam Kaho Naa.. Pyaar Hai.

Pelakon: Hrithik Roshan, Ameesha Patel, Anupam Kher, Dalip Tahil, Mohnish Behl, Ashish Vidyarthi, Satish Shah, Farida Jalal, Rajesh Tandon, Asha Patel.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top