You Are Here: Home » Melayu Klasik » Nujum Pak Belalang (1959)

Nujum Pak Belalang (1959)

Nujum Pak Belalang (1959)

Nujum Pak Belalang (1959)

Filem “Nujum Pak Belalang” menceritakan tentang seorang yang bernama Pak Belalang dengan anaknya, Belalang. Belalang bersama bapanya hidup di dalam serba kemiskinan. Tipu daya Belalang membuat penduduk kampung mempercayai bahawa Pak Belalang adalah seorang ahli nujum. Kehidupan mereka berubah apabila Sultan mendengar tentang ‘kehebatan’ Pak Belalang dan melantiknya sebagai Ahli Nujum Di Raja.

Pada suatu hari, Pak Belalang terpaksa mempertahankan negaranya dalam satu pertandingan yang bakal menguji kemahirannya sebagai ahli nujum. Pertaruhan besar yang melibatkan negara telah membuatkan Pak Belalang gentar dan melarikan diri. Namun, Belalang yang lebih pintar daripada bapanya sekali lagi berjaya menutup tipu daya Pak Belalang.

Pelakon: Tan Sri P. Ramlee, Aziz Sattar, S. Shamsudin, Hashimah Yon, Bat Latif, Ahmad Nisfu, Sharif Dol, Kemat Hassan.

 

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top