You Are Here: Home » Melayu » Bayangan Maut (1991)

Bayangan Maut (1991)

Bayangan Maut (1991)

Bayangan Maut (1991)

Filem Bayangan Maut mengisahkan ASP Razlan, Inspektor Farah, Inspektor Razif dan Detektif Linda yang merupakan anggota Unit Task Force Polis Diraja Malaysia diketuai oleh Superintenden Mansor. Mereka diberikan tugas untuk menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan penyeludupan senjata api antarabangsa yang diketuai oleh Taji Samprit.

Razlan seorang duda melamar Farah demi kebahagiaan anaknya tetapi Farah belum memberi kata putus. Farah juga menghadapi masalah dengan adiknya Ella, seorang penyanyi rock yang menyebabkan adiknya keluar dari rumah dan tinggal bersama Eddie, seorang anak hartawan.

Hubungan Farah dan Razlan semakin erat. Mereka merancang untuk berkahwin sebaik saja kes yang dikendalikan selesai. Mereka berdua menjadi sasaran kecelakaan yang tidak diduga sebelum mereka berkahwin. Saksikan filem Bayangan Maut untuk kesudahannya.

Pelakon: Sabree Fadzil, Yusof Haslam, Noorkumalasari, Ella, Faizal Hussein, Sidi Oraza, Kuswadinata, A. Galak, A. Rahim.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top