You Are Here: Home » Melayu » Gila Gila Remaja (1985)

Gila Gila Remaja (1985)

Gila Gila Remaja (1985)

Filem Gila-Gila Remaja mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi di kalangan teman dan keluarga. Pada suatu hari, Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”.

Akibat daripada pergaduhan tersebut, salah seorang daripada kawan Roy telah cedera parah. Farouk dan konconya, kumpulan Gagak Hitam yang masih tidak berpuas hati telah merogol adik Remy. Lantaran itu, Remy mengamuk dan pergi mencari mereka untuk membalas dendam. Roy dan rakan-rakannya pergi mengejar Remy. Setibanya di sana Remy telah dibelasah beramai-ramai oleh Kumpulan Gagak Hitam. Roy dan rakan-rakannya pun membantu Remy dalam pergaduhan antara dua pihak yang berlaku itu. Dalam pergaduhan tersebut, Remy telah menikam Farouk dan membunuh ketua Kumpulan Gagak Hitam menyebabkan dia ditahan polis atas perbuatannya itu.

Remy kemudian dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak berikutan jenayah yang dia lakukan. Bagaimanapun, Farouk terselamat. Farouk yang terselamat telah mengapi-apikan ayah Suzi (Hussein Abu Hassan) agar membenci Roy. Ayah Suzi mengugut untuk memindahkan Suzi ke kolej lain sekiranya Roy dan Suzi masih bertemu. Roy berkorban dan meninggalkan kolej walaupun peperiksaan telah hampir.

Pelakon: Faizal Hussein, Rehana Yassin, Rosyam Nor, Kamarool Yusof, Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top