You Are Here: Home » Melayu » Jangan Pandang-Pandang (2012)

Jangan Pandang-Pandang (2012)

Jangan Pandang-Pandang (2012)

Jangan Pandang Pandang mengisahkan empat orang pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana yang ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.

Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, iaitu seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak.

Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak menemui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Saksikan kesudahan Jangan Pandang Pandang dengan menonton filem ini.

Pelakon: Zizan Razak, Nas-T, Sara Ali, Miera Leyana, Azhar Sulaiman, Jaafar Onn.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top