You Are Here: Home » Melayu » Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011)

Filem Khurafat: Perjanjian Syaitan mengisahkan Johan (Syamsul Yusof), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital yang mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay). Di awal perkahwinan mereka hidup aman dan bahagia namun tanpa diduga masalah mula melanda pasangan ini di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh.

Bermacam-macam usaha telah dilakukan mereka, namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna (Sabrina Ali) yang bersikap pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini.

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah bimbang. Lebih mengejutkan Anna ditemui mati kerana membunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak perkara-perkara aneh yang sering mengganggu hidup Johan. Bayangan Anna sentiasa menganggu Johan mahupun Aishah.

Setelah diasak pelbagai kejadian aneh, akhirnya terhurai segala misteri. Johan pernah melakukan perbuatan Khurafat di masa silamnya. Perbuatannya itu kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Saksikan kesudahan kisah ini dalam Khurafat: Perjanjian Syaitan.

Pelakon: Syamsul Yusof, Liyana Jasmay, Sabrina Ali, Along Ezendy, Fauziah Nawi, Huda Ismail, Mariani, Latif Borgiba, Salina Saibi.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top