You Are Here: Home » Melayu » Lagi Lagi Senario (2001)

Lagi Lagi Senario (2001)

Lagi Lagi Senario (2001)

Lagi Lagi Senario (2001)

Wahid (Wahid Senario) seorang pelayan di restoran eksklusif dipecat oleh majikannya apabila pelanggan yang dibawanya masuk ke dalam restoran mengkritik masakan yang dibuat oleh ketua chef yang juga merangkap pemilik restoran tersebut.

Setelah gagal mendapatkan kerja setaraf kerjayanya yang lalu, Wahid akhirnya menjadi pelayan di warung Azlee (Azlee Senario). Yassin (Yassin Senario) dan Saiful (Saiful Apek), turut bekerja di warung Azlee. Masing-masing bekerja sebagai pelayan dan penebar roti canai. Warung Azlee popular kerana keistimewaan roti canai buatan Saiful.

Suatu hari, seorang pemuda bernama Mazlan (Mazlan Senario), membuka warung bersebelahan warung Azlee. Mulanya, Azlee tidak berasa tergugat kerana menganggap kehadiran warung baru itu bakal memberi persaingan sihat. Tetapi pendiriannya berubah apabila Saiful mengambil keputusan untuk bekerja di warung Mazlan.

Pelakon: Mazlan Pet Pet, Azlee, Yassin, Saiful Apek, Wahid, Wardina, Accapan, Osman Kering, Syanie.

Leave a Comment

© 2011 Powered By Retro Evergreen

Scroll to top